Tuesday, May 21, 2013

CAJ-CAJ PERKHIDMATAN PERUBATAN DI HOSPITAL KERAJAAN


CAJ-CAJ PERKHIDMATAN PERUBATAN DI HOSPITAL KERAJAAN

========================================
KATEGORI PESAKIT
Awam (Warganegara)
Awam Warganegara Asing
Kakitangan Kerajaan dan pesara kerajaan
Swasta (berdaftar dengan Kementerian Kesihatan)
  
DEPOSIT
WARGANEGARA MALAYSIA
Jenis RawatanKelas  1  (RM)  Kelas   2     (RM)   Kelas   3    (RM)
Perubatan700.00200.0020.00
Pembedahan1,100.00400.0030.00
Sakit Puan800.00350.0015.00





 WARGANEGARA ASING
Jenis RawatanKelas  1  (RM)  Kelas   2     (RM)   Kelas  3    (RM)
Perubatan1,400.00600.00400.00
Pembedahan2,200.001,000.00800.00
Sakit Puan1,400.001,000.00800.00




 PESARA
    Kelas  1     (1 katil)   Kelas  1     (2 katil)    Kelas   1     (4 katil)   Kelas   2   
50.00
40.0030.0015.00
* Deposit mesti ditambah bila ianya kurang dari bil interim

CAJ-CAJ WAD    
Kelas WadCaj Sehari Bagi Seorang Pesakit
Awam/SwastaKerajaan/PesaraWarganegara asing
1( 1 katil )80.0010.00 / 5.00160.00
1 ( 2 katil)40.008.00 / 4.00115.00
1 ( 4 katil / lebih)30.006.00 / 3.0080.00
220.003.00 / 1.5060.00
33.00Percuma40.00
    Icu / ccu (dewasa)--300 sehari
    Icu / ccu (kanak-kanak)--250 sehari
    Nurseri--45 sehari
    Nurseri rawatan khas--100 sehari

CAJ-CAJ RAWATAN
Kelas WadCaj sehari bagi seorang pesakit
Awam / SwastaKerajaan / PesaraWarganegara Asing
Semua Kelas 110.00Percuma10.00
*  caj-caj siasatan dan prosedur mengikut kadar kelas wad yang diduduki.

SURAT JAMINAN (GURANTEE LETTER)
Anggota Kerajaan 
- Surat pengesahan yang asal dan diisi dengan lengkap hendaklah dikemukakan setiap kali masuk wad          
- Akan dimasukkan ke wad kelas 3 jika tiada surat jaminan jabatan
 Pesara
- Hendaklah mengemukakan kad pesara atau lain dokumen yang berkaitan. (perlu fotostat kad pesara / dokumen berkaitan tersebut setiap kali masuk wad.
- Akan dimasukkan ke wad kelas 3 jika tiada kad pesara atau dokumen berkaitan.
Swasta ( Syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan )
- Hendaklah mengemukakan surat jaminan yang asal dan lengkap - Akan diminta membayar deposit jika tiada surat jaminan syarikat
Awam
- Bagi pesakit yang bukan terdiri dari anggota kerajaan dan kakitangan syarikat swasta surat jaminan yang berkaitan seperti surat Akuan murid Sekolah, kad penderma darah dan sebagainya boleh digunakan.  

KAEDAH BAYARAN
1.    Tunai
2.    Cek, wang pos & Kiriman wang berpalang atas nama "Pengarah Hospital......" 
3.    Potongan Gaji - Untuk kakitangan kerajaan bagi bil melebihi RM 50.00.
WAKTU URUSNIAGA
Pendaftaran Masuk Wad    :    24 jam
Bayaran Bil Hospital           :    24 jam
* Sila pastikan bil hospital diperolahi semasa discaj dan dibayar sebelum pulang.
Resit rasmi pembayaran akan dikeluarkan sebaik sahaja pembayaran dibuat.   

BAYARAN BALIK DEPOSIT
- Deposit secara tunai akan dibayar balik secara tunai. Bayaran balik deposit pada waktu pejabat sahaja.
 MENUNTUT BAYARAN BALIK DEPOSIT (REFUND)
-Kemukakan dokumen-dokumen berikut :    
a.    Resit asal bayaran deposit. Jika resit asal didapati hilang sila dapatkan akuan sumpah di Suruhanjaya Sumpah berkenaan resit yang hilang tersebut.    
b.    Bil Hospital    
c.    Surat yang mengesahkan alat otopedik telah diserahkan ke Hopsutal daripada pihak wad yang berkenaan jika bayaran deposit dibuat untuk alat tersebut.    
d.    Kad pengenalan / passport
 e.    Surat perwakilan (jika yang menuntut bukan pembayar seperti resit pembayaran)
 PESAKIT LUAR
Pesakit Luar adalah mereka yang mendapatkan rawatan di Jabatan Pesakit Luar  atau di Klinik-Klinik Pakar (Jabatan Pesakit Luar Pakar)
CAJ-CAJ             
* Warganegara              
Jabatan Pesakit Luar    :    RM 1.00                            
Klinik-KLinik Pakar                                       
i) Dirujuk oleh Pegawai Perubatan Kerajaan                     
    - Percuma bagi lawatan Pertama                     
    - RM 50.00 bagi setiap lawatan susulan termasuk segala siasatan dan rawatan      
         
ii) Dirujuk oleh Pengamal Persendirian                     
   - RM 30.00 bagi lawatan pertama                     
   - RM 5.00 bagi setiap lawatan susulan termasuk segala siasatan dan rawatan    
          
iii) Kes lawatan setelah keluar wad                     
   - RM 5.00 bagi setiap lawatan termasuk segala siasatan dan rawatan             
  
* Bukan Warganegara               
Jabatan Pesakit Luar    :     RM 15.00             
Jabatan Kemalangan dan kecemasan    :    RM 50.00               
Klinik-Klinik Pakar              
i) Dirujuk oleh Pegawai Perubatan Kerajaan                    
   - RM 60.00 bagi lawatan pertama dan susulan tidak termasuk siasatan dan rawatan                    
   - Caj siasatan dan rawatan mengikut kadar dalam Perintah Fi Perubatan (pindaan) 2003.             
ii) Dirujuk oleh Pengamal Persenidrian dan kes lawatan setelah keluar wad                    
   -  sama seperti di atas
CAJ RAWATAN HARIAN         
*  Warganegara            
i) Dirujuk oleh Pegawai Perubatan                  
  - RM 3.00 dan ncaj prosedur atas kadar kelas 3                     
   ( Caj wad kelas 3 + prosedur kelas 3 )             
ii) Dirujuk oleh Pengamal Persendirian                   
   - RM 3.00 dan caj prosedur atas kadar kelas 1                      
   ( Caj wad kelas 3 + prosedur kelas 1)       
   
*    Bukan Warganegara                     
RM 40.00 dan caj prosedur mengikut kadar Perintah Fee (Pindaan) 2003                     
(Caj wad kelas 3 + caj prosedur mengikut kadar Perintah Fee (Pindaan ) 2003

Sunday, December 16, 2012

Kisah Bermula di Bukit Si Guntang


ALKISAH maka tersebutlah perkataan sebuah negeri di tanah Andalas, Palembang namanya; nama rajanya Demang Lebar Daun, asalnya daripada anak cucu Raja Sulan juga Adapun negeri Palembang itu, Palembang yang ada sekarang inilah. Muara Tatang nama sungainya, di hulunya itu ada sebuah sungai, Melayu namanya. Adalah dalam sungai itu ada satu bukit bernama Bukit Si Guntang; di hulunya Gunung Mahamiru, di daratnya ada satu padang bernama Padang Penjaringan . Maka ada dua orang perempuan balu berhuma padi, terlalu luas humanya; adalah namanya seorang Wan Empuk dan se¬orang namanya Wan Malini. Maka terlalulah jadi padinya. Tiada dapat terkatakan; telah Hampir akan masak padinya itu.

Sebermula maka tersebutlah perkataan anak Raja Suran yang tiga bersaudara, yang dipeliharakan oleh Raja Aktabu'l¬-Ard. Setelah besarlah terlalu baik parasnya anak raja ketiga itu; yang tua dinamai oleh Raja Aktabu'l-Ard Nila Pahlawan, yang Terigah dinamai Krisyna Pandita, dan yang bongsunya dinamai Nila Utama, Maka ketiga anak raja itu bertanyakan ayahnya kepada ninda baginda, Raja Aktabu'l-Ard. Maka sahut Raja Aktabu'l-Ard, "Adalah akan ayahmu itu anakcucu Raja Iskandar Zul-Karnain, nasab Sulaiman 'alaihi s-salam, pancar Nusyirwan Adil, raja masyrik dan maghrib. Maka ada¬lah pesan ayahmu apabila tuan Hamba besar, disuruhnya han¬tarkan ke dunia. Sekarang kembalilah tuan ke dunia"

Setelah ketiga anak raja itu mendengar kata ninda baginda itu terlalulah sukacitanya; seraya katanya, "Berilah kami ke¬tiga bersaudara ini jalan ke dunia itu." Maka oleh Raja Ak¬tabu'l-Ard ketiga cucunda baginda itu diberinyalah memakai alat kerajaan dengan selengkap pakaian anak raja-raja, yang bertatahkan ratna mutu manikam, serta dikenakannya mah¬kota itu ketiganya, Setelah itu maka ketiga baginda pun ber¬mohonlah kepada ninda dan bonda baginda. Maka dipeluk dicium baginda serta ditangisinya, Maka oleh Raja Aktabu'l¬Ard diberinya seekor lembu yang amat putih, seperti perak yang terupam wamanya; maka ketiga anak raja itu pun naik¬lah ke atas lembu itu lalu berjalanlah keluar.

Dengan takdir Allah Subhanahu wa taalaYang Maha Kuasa, maka teruslah ke Bukit Si Guntang itu waktu malam. Maka kepada malam itu dipandang oleh Wan Empuk dan Wan Malini dari rumahnya, di at as Bukit Si Guntang itu bemyala seperti api. Maka kata Wan Empuk kepada Wan Malini, "Ca¬haya apa gerangan di Bukit Si Guntang itu? Bemyala seperti cahaya matahari terbit kelihatan. Takut pula beta melihat dia." Maka kata Wan Malini, "Janganlah kita ingar-ingar, jika¬lau gemala naga besar gerangan itu." Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun diamlah dengan takutnya, lalu keduanya tidur.

Setelah hari siang maka keduanya pun bangunlah; maka kata Wan Empuk kepada Wan Malini, "Mari kita lihati, apa yang terang bercahaya di Bukit Si Guntang semalam itu." Maka kata Wan Malini, "Marilah." Maka keduanya basuh muka dan makan sirih lalu turun berjalan. Maka dilihatnya padinya berbuahkan emas, berdaunkan perak dan berbatang¬kan suasa. Maka kata Wan Empuk, "Yang bercahaya semalam rupanya padi kita ini berbuahkan emas, berdaunkan perak dan batangnya suasa ini. " Maka sahut Wan Malini, "Beta pan¬dang semalam di at as Bukit Si Guntang itu, bukannya padi huma kita ini." Maka keduanya naiklah ke Bukit Si Guntang itu. Maka dilihatnya tanah negara bukit itu menjadi seperti wama keem as-em asan; maka datang sekarang tanah itu di¬ceritakan orang seperti emas juga.

Maka dilihat oleh Wan Empuk dan Wan Malini di atas tanah yang menjadi emas itu ada tiga orang lelaki muda teruna, muda wangsa, duduk di atas lembu putih seperti perak, leng¬kap ketiganya itu memakai pakaian anak raja-raja yang ber¬tatahkan ratna mutu manikam; memakai mahkota ketiga, terlalu sekali elok parasnya, Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun hairan tercengang-cengang melihat paras sikapnya orang muda ketiga itu; seorang memegang curik dan satu kayu yang bercap di tangannya, seorang memegang lembing dan seorang memegang pedang, sekaliannya daripada keemasan. Maka Wan Empuk pun fikir dalam hatinya, "Anak raja mana orang muda ketiga ini, sekonyong-konyong ada di Bukit Si Guntang ini, dari mana gerangan datangnya? Dan apa jua bangsanya? Baik aku bertanya kepadanya; entah sebabnya maka padiku berbuahkan emas, dan tanah negara bukit itu pun seperti emas. "

Setelah keduanya berfikir, lalu bertanya, "Siapa tuan hamba ketiga ini? Anak 'raja mana tuan hamba? Anak raja jinkah atau anak raja perikah, atau anak raja inderakah? Hendaklah berkata benar tuan Hamba ketiga kepada kami kedua ini; kerana lamalah kami duduk di lembah Bukit Si Guntang ini, seorang manusia pun tiada datang ke mari, baharu pada hari inilah kami melihat tuan hamba ketiga ini."

Maka sahut Nila Pahlawan, "Adapun kami ini bukan dari¬pada jin dan peri, dan bukan kami daripada bangsa indera; bahawa adalah bangsa kami ini daripada manusia. Asal kami daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain, dan nasab kami Raja Nusyirwan Adil, raja masyrik dan maghrib, pancar kami daripada Raja Sulaiman 'alaihi s-salam, dan. nama kami Nila Pahlawan, dan yang seorang ini Krisyna pendita, dan yang seorang Nila Utama; dan nama curik kami ini Si Mandang Kini, dan kayu ini Cap Kerupa namanya, dan pedang ini Badram Balawa namanya, dan lembing ini Lembuara namanya."

Maka kata Wan Empuk dan Wan Malini, "Jikalau tuan hamba daripada anak cucu Raja Iskandar apa sebab maka tuan hamba ke mari, dari mana jalan tuan hamba?" Maka Nila Pahlawan pun berceriteralah seperti ceritera ayahnya kepada Raja Aktabu'l-Ard. Segala hikayat Raja Iskandar beristerikan anak Raja Kida Hindi, dan peri Raja Suran masuk ke dalam laut, dan peri duduk dengan bondanya beranakkan baginda ketiga bersaudara itu, semuanya dihikayatkannya kepada Wan Empuk dan Wan Malini. Maka kata Wan Empuk, "Apa alamatnya seperti kata tuan hamba itu?" Maka sahut Nila Pahlawan, "Mahkota kami ketiga inilah alamatnya; serta padi habis ber¬buahkan emas, berdaunkan perak dan berbatangkan suasa, dan tanah negara bukit inimenjadi seperti wama keemas-emasan. Jikalau embuk tiada percaya, pandanglah alamat kami, anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain; pancar Sulaiman alaihi s-salam."

Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun percayalah akan kata orang muda itu, serta dengan sukacitanya. Ketiga anak raja itu dibawanya kembali ke rumahnya. Maka ketiga baginda bersaudara pun duduklah dipeliharakan oleh Wan Empuk dan Wan Malini; padinya pun dituainyalah. Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun kayalah dengan sebab mendapat anak raja itu.

Maka terdengarlah kepada Demang Lebar Daun bahawa Wan Empuk dan Wan Malini mendapat anak raja dari Bukit Si Guntang, daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain itu. Maka Demang Lebar Daun pun mudiklah, mendapatkan Wan Empuk dan Wan Malini mengadap anak raja itu. Maka di ambilnya ketiga anak raja itu dibawa dengan kenaikan baginda lembu putih itu ke negeri Palembang, dipeliharakannya dengan sempumanya. Maka Nila Pahlawan digelar Sang Si Perba. Dengan takdir Allah taala, maka lembu kenaikan baginda itu pun muntahkan buih, maka keluar daripada buih itu seorang manusia lelaki, hadir dengan pakaiannya, serta ia berdiri mem¬baca ciri demikian bunyinya:

Ahusta Paduka Seri Maharaja serta Seri Sepah Buana suran bumi boji bala pikrama nakalang kama makuta dan Menteri Buana prasama Sakritbana Tanggadarma dan busaya kuta dan singgahsana ranawikrama dan Rawanaba Palawikasad dadi prabu di kala mula mali mala ka Seri Darma Rajadiraja, Raja Permaisuri. *

Maka oleh Demang Lebar Daun dinamainya "Batala", erti¬nya orang yang membaca ciri. Daripada anak cucu Batala itu¬lah asal orang membaca ciri dahulukala.

Saturday, December 15, 2012

Indeks Persepsi Rasuah

KEDUDUKAN MALAYSIA DI KALANGAN NEGARA-NEGARA ISLAM DALAM RANKING CPI (CORRUPTION PERCEPTION INDEX) - KE-5

27
Qatar
68
27
United Arab Emirates
68
46
Brunei
55
53
Bahrain
51
54
Malaysia
49
54
Turkey
49
58
Jordan
48
61
Oman
47
66
Kuwait
44
66
Saudi Arabia
44
72
Bosnia and Herzegovina
42
75
Tunisia
41
88
Morocco
37
94
Senegal
36
105
Algeria
34
113
Ethiopia
33
118
Egypt
32
118
Indonesia
32
123
Mozambique
31
130
Uganda
29
133
Iran
28
133
Kazakhstan
28
139
Azerbaijan
27
139
Kenya
27
139
Pakistan
27
144
Bangladesh
26
144
Cameroon
26
144
Syria
26
154
Kyrgyzstan
24
156
Yemen
23
157
Tajikistan
22
160
Libya
21
163
Zimbabwe
20
169
Iraq
18
170
Turkmenistan
17
170
Uzbekistan
17
173
Sudan
13
174
Afghanistan
8
174
Somalia
8


KEDUDUKAN MALAYSIA DI KALANGAN NEGARA-NEGARA ASEAN DALAM RANKING CPI (CORRUPTION PERCEPTION INDEX) - KE-3

5
Singapore
87
46
Brunei
55
54
Malaysia
49
88
Thailand
37
105
Philippines
34
118
Indonesia
32
123
Vietnam
31
157
Cambodia
22
160
Laos
21
172
Myanmar
15


KEDUDUKAN MALAYSIA DI KALANGAN NEGARA-NEGARA ASIA DALAM RANKING CPI (CORRUPTION PERCEPTION INDEX) - KE-11

5
Singapore
87
14
Hong Kong
77
17
Japan
74
27
Qatar
68
27
United Arab Emirates
68
33
Bhutan
63
37
Taiwan
61
45
Korea (South)
56
46
Brunei
55
53
Bahrain
51
54
Malaysia
49
54
Turkey
49
58
Jordan
48
61
Oman
47
66
Kuwait
44
66
Romania
44
66
Saudi Arabia
44
79
Sri Lanka
40
80
China
39
88
Thailand
37
94
India
36
105
Philippines
34
118
Indonesia
32
123
Vietnam
31
128
Lebanon
30
133
Iran
28
133
Kazakhstan
28
139
Nepal
27
139
Pakistan
27
144
Bangladesh
26
144
Syria
26
157
Cambodia
22
(---senarai disingkatkan)

Paling atas adalah paling bersih, paling bawah adalah paling kuat rasuah.

Sumber: http://cpi.transparency.org/cpi2012/results/